sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Selasa, 28 Mei 2013

PUASA DAN HAJI

Adalah puasa itu 3perkara;

1,Puasa syariat
2;Puasa tarikat
3;Puasa hakikat.

Puasa syariat,
Adalah puasa syariat itu telah masyur,

Puasa tarikat.
Puasa tarikat itu menahan diri daripada yang dibenci oleh sekelian makhluk akan dikau.Menahan diri engkau daripada hawa nafsu yang datang ia akan dikau dan menahan diri daripada keluh kesah kena bala.Menahan diri daripada keluh kesah berbuat ibadat dan keluh kesah menahan kadaq dan kadar daripada hak ALLAH TAALA dan jika sangat benci daripadamu sekalipun.
Maka syarat sah puasa syariat itu berniat dahulu daripada fajar.
Syarat sah puasa tarikat itu engkau teguhkan niat dan memperkuatkan hati akan sabar selama2 dahulu daripada turun kadaq dan kadar.

Puasa hakikat,
Bermula puasa hakikat itu engkau menahan diri daripada syathiyat.Maka makna syathiyat itu mengatakan khabar yang tiada patut pada syrak seperti kata ANA AL HAQ atau.ANA AFAL dan tiada menahan diri daripada menyatakan rahsia makrifah yang bersalahan dengan hukum syarak.
Bermula puasa hakikat itu INGAT n KUAT hemah akan menunaikan segala yang demikian itu dahulu daripada terlanjurnya.

HAJI

Bermula naik haji itu 3perkara;
1,Naik haji pada syariat,
2,Naik haji pada tarikat,
3,Naik haji pada hakikat.

Haji pada syariat,
Maka naik haji pada syariat itu berjalan kepada KAABAHTULLAH serta diperbuat segala rukun haji.

Haji pada tarikat itu naikm orang yang salik kepada makam roh serta diperbuat segala rukunnya dan setengah daripada rukan haji itu BEKAL.Maka bekal haji itu iaitu takut akan ALLAH TAALA pada zahirnya n batinnya.Dan setengah daripada rukun haji itu iaitu KAPAL.Maka iaitu hamba yang kuat pada menjalan tarikat selama umurnya,Dan setengahnya MAKLUM iaitu GURU yang MURSYID yang menunjuk akan dikau akan jalan ini dan setengah daripadanya SENJATA.Maka iaitu zikir ALLAHTAALA dengan dialah engkau pertakut segala seteru daripada jalan daripada hawa nafsu dan syaitan,Dan setengah daripadanya TAULAN iaitu orang yang bersama2 pada jalan tarikat supaya dapat bertolong2 setengah mereka itu akan setengah pada segala perbuatannya dan baik lagi rukun yang lain daripadanya.

Haji pada hakikat itu naikorang salik kepada martabat wahdah hingga sampai mereka itu kepada hak Taala dengan fana segala yang maujud dalamnya,
Rukun haji hakikat itu BEKAL maka bekalnya itu MAHABBAH yang sangat dan setengah daripadanya KENDERAAN  iaitu NUR AHADIAH dengan kurnia hak TAALA semata2 dengan tiada dapat engkau usahakan akan dia sekali2.Dan setengah daripadanya MAKLUM iaitu MUKASYAFAH daripada HAK TAALA semata2,Dan setengah daripadanya SENJATA iaitu hebat ALJALAL dalam hatimu hingga cemerlanglah semata2 JALLAL ALHAK ke dalam alam wujudmu maka ketika itu sampai engkau kepada tuhanmu,Dan setengah daripadanya TAULAN maka iaitu tajalli sifat JAMAL kepadamu supaya tetap engkau pada ketika itu daripada tergelincir kepada bahaya kafir dan sesat.
Bermula haji tarikat itu terlebih baik lagi terlebih mulia daripada haji syariat suatu juzuk daripada mashar roh yang tempat haji tarikat,Dan haji hakikat itu terlebih mulia daripada haji tarikat kerana tempat haji hakikat itu martabah wahdah yang iaitu hakikat roh maka roh itu muhadas dan wahdah itu qadim.
Bermula orang yang haji dengan haji tarikat itu terlebih besar martabatnya daripada org yang haji dengan haji syariat dan orang yang haji dengan haji hakikat itu terlebih besar martabatnya daripada orang yang haji dengan haji tarikat.Dan jika ada haji syariat itu wajib sekalipun kerana segala hukum yang diwajibkan oleh HAK TAALA atas segala manusia itu adalah ia dengan sekira2 kuasa kebanyakan mereka yang mengerjakan dia maka jadi berdosalah mereka itu kerana tiada ia mengikut suruhNYA.Maka adalah yang demikian itu kerana sangat kasih sayang HAK TAALA akan mereka sekira2 mengwajibkan akan taat hamba akan DIA itu dengan yang mudah kerjakan oleh mereka itu sedaya upaya tiada ditinggalkan akan dia serta tetap hati mereka daripada keluh kesah taat yang amat berat.

zaimaakai..ss...MJ..

Sabtu, 4 Mei 2013

Menyatakan alam kabir n alam saghir

Alam kabir                     Alam saghir                

Arasy                              otak
Kursyi                             hati
Malaikat                          nafas keluar masuk
Matahari                          zakar
Bulan                               waham
Bintang                             alam pengetahuan yang bermacam2
Syurga                              nafsu yang redha
Neraka                             nafsu amarah

-------------------------------------
Matahari                          Makrifat
Bulan                               Akal
Bintang2                          Hati yang berpengetahuan cerdik dan bodoh
Bintang 7 =
1,Syammas.....Jantung
2.Mustari         Hati
3.                     Paru2
4.                     Limpa
5.                     Hempedu
6.                     Syahwat
7.                     Lazat
Gempa             Gerak tubuh  
Tetap                Sabar
Mata air n sungai          Urat yang besar n kecil
Tumbuh2an                   Rambut dan kuku
Rumput                          Bulu roma
Bukit2 n batu                  Tulang dan sendi
Laut                                 Perut
Laut pasang surut              Kenyang dan lapar
Binatang besar/kecil           Perangai lemah lembut dan kasar
Binatang buas/jinak              Perangai jahat dan baik

Air manis   pada mulut tempatnya di dalam jantung.
Air masin   pada mata tempatnya di dalam hati.
Air hanyir   pada hidung tempatnya di dalam paru-paru
Air pahit     pada telinga tempatnya di dalam hempedu..

zaimaakai..cari mursyid...KH..
                     

       

Anggota badan

Adalah anggota badan itu seperti di bawah ini.

1.Leher itu tiang arasy Allah
2.Mata itu tempat roh keluar.
3.Tembuni itu masuk dalam pusat menjadi ia mungkar n nangkir.
4.Ari2 itu adalah nafas turun naik.
5.Dubur itu maka najis akan menuntut padanya.
6.Perut itu adalah kawah neraka.
7.Makanan itulah bahan bakar neraka.
8.Air itu ada ia dalam kawah neraka..

zaimaakai..cari Mursyid..

Syarat Bersuci..

Adalah syarat2 bersuci itu 5 perkara

1.Dikeluarkan kepala dirinya.
2.Memasukkan jari pada rongga keluar najis.
3.Menghilangkan lendirnya.
4.Menghilangkan baunya dan rupanya dahulu daripada menggatupkan duburnya.
5.membasuh dia dengan air suci.

zaimaakai..carilah Mursyid..MJ..