sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Sabtu, 27 April 2013

BUAT BAPAK

ASSALAMUALAIKUM BAPAK,

Benar katamu bapak.Pulang itu sama dengan datangnya,cantik manis pulangmu walau aku tiada di sisimu saat itu,Maafkan aku bapak,gagal menjagamu dihujung2 hayatmu,seperti yg telah aku janjikan,Amat aku kesali n terlalu sukar kuampunkan kelalaianku ini.Kesibukan mengejar dunia mbuat aku lalai n mengabaikan dirimu,bapak,Ampunkan aku ,bapak.Ampunkan aku,muridmu ini.Benar katamu bapak,kemiskinan membuat manusia menjadi kufur,Itulah aku.Ampunkan aku,bapak,Sungguh amat aku terasa perpisahan ini,Tiada lagi teman buat aku bicara Hakikat,Tiada lagi teman buat aku merujuk,Jasamu amat teramat besar padaku.Jujur aje bapak,belum aku temui orang yg sejalan dgn jalanmu,Cerita mereka jauh tersangat jauh berbeza dgn cerita kita.Sering membuat aku tersenyum sendiri.Bapak,akan aku gengam sekalian yg telah kuterima darimu.Lama dulu telah aku simpul mati,xmungkin terbuka lagi.Semua yg kita lalui menjadi sejarah dlm hidupku,Tersangat indah berguru dgnmu,bapak,Walaupun caramu amat keras namun hatimu tulus mendidikku,Setelah berguru denganmu,cukuplah,bapak,Tak perlulah aku berguru lagi,Telah sempurna segalanya ajaranmu itu.Satu saat,aku juga akan mengiringi pemergianmu.Maafkan aku,bapak.Aku teramat kesal telah mengabaikan kehidupan akhirmu.Maafkan aku.Hadirlah selalu,bapak.Kunjungilah kami ini,anak cucumu.Aku tahu,bapak bebas di sana.Merdeka tanpa dakwa dakwi tanpa ikatan.Janganlah dilupakan kami ini walau sebesar mana pun salah anak cucumu.Ampunkan aku bapak,Banyak salahku padamu selama ini.Ampunkan aku bapak,Ampunkan aku,muridmu ini..Wsalam bapakku tersayang..

Khamis, 18 April 2013

AMALAN AWAL MENGENAL DIRI


Wamissa illallah ha an samarahtani.
wabi anni wayah lisi irbani,
wasil hijab bi,wafi yahu Rahman Nirrohim,
wafi yahu Rahim Nur Rahim.
Rahmatan ni alla saha bi hatta lil uzir ruf,
ya nashaa um faka hazal lihattana fi a fana lu an masa ifirRahim..

Jadikan amalan harian sehingga mendapat sesuatu alamat..tanpa mengira masa n tempat kecuali dlm tandas..

ALFATIHAH

Alfatihah

Dimanakah makam alfatiha?
Bagaimanakah yang dikatakan berbisik-bisik?
Apabila terbuka pintu langit maka bermohonlah kepada aku,dimanakh duduknya?
Bagaimanakah fatihah diri?
Dalam fatihah terdapat 7 tempat nama syaitan.
Ada 7 huruf yang tiada dalam fatihah.
7 huruf menyebut 7 nama neraka..

zaimaakai..cari Mursyid
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH


Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

Firman allah :-

Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku

Allah juga Berfirman :-

Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin

Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.
Perkara itu ialah :-

Pertama

Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.

Kedua

sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

Ketiga

sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.

Keempat

Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.

Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.


RAHSIA DI DALAM DIRI

Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-

NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.




WUJUD

WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA

WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.

Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.

Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.

Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.

Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN



HENING itu apa ?

Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.

Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita

Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.

Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.



QASAD

Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )

Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.


TA’RID

Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.

Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.

Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-

ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud

Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.

ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-

Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.

ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI

Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku

Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.

Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.


TA’YUN

Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.

TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )

Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.

Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.

HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT

Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.

Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )

Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.

Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.

TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.



MEMULANGKAN AMANAH.

Hadith Qudsi yang bermaksud :-

1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU

2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI

Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.

Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.

Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.

Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.

Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.

Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.

Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH


DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN

Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?

Penjelasan Wejangan Serat Wirit Hidayat Jati

Penjelasan wejangan serat wirid hidayat jati.
1. Ananing Dzat

Sesungguhnya tidak ada apa-apa kerana pada waktu masih dalam keadaan kosong,belum ada sesuatupun,yang ada hanyalah AKU.Tidak ada tuhan selain AKU.AKU adalah hakikat Dzat yang Maha Suci yang meliputi sifat-KU,yang menyertai Nama-KU,dan yang menandai perbuatan-KU.
Penjelasan;
Yang menyatakan sebagai Dzat yang Maha Suci ialah hidup kita pribadi rupa kita pribadi diliputi warna Dzat yang Elok,menyertai nama ialah nama kita pribadi yang diakui sebagai Dzat yang Kuasa,sebagai tandanya tingkah laku kita pribadi mencerminkan perbuatan Dzat yang Sempurna,dengan bertambahnya rahsia Dzat yang Agung,semua sifat ialah

Dzat mempunyai sifat seperti gula dan manisannya (tak dapat dipisahkan),sifat menyertai nama seperti matahari dan sinarnya (tak dapat dibedakan),nama menandai perbuatan seperti cermin dan bayangannya (perbuatan selalu mengikuti),sedang perbuatan menjadi wahana Dzat seperti samudera dan ombaknya.

Wejangan ke-2-Wahananing Dzat (Tempat Zat)
Sesungguhnya AKU adalah Dzat yang Maha Kuasa,yang berkuasa menciptakan segala sesuatu,jadi seketika,sempurna kerana kudrat KU,di situ telah nyata tanda perbuatan KU.Yang pertama AKU menciptakan Kayu bernama Sajaratul Yakin tumbuh di dalam alam adam makdum (hampa kosong) yang azali dan kekal abadi.Kemudian Cahaya bernama Nur Muhammad,berikutnya Kaca bernama Mir'atul haya'i.selanjutnya Nyawa bernama Roh Idhofi,pelita bernama 'Kandil',permata (sesotnya) bernama Dharrah.lalu dinding pembatas bernama Hijjab yang menjadi sekatnpenampakan KU.

Nasehat di atas menunjukkan pada kita bahwa AKU(ALLAH) merupakan dzat yang Maha Kuasa menciptakan segala sesuatu hanya dengan satu sabda yaitu KUN,maka seketika jadi (FA YAKUN),semua ciptaannya sempurna sebagai pertanda perbuatan (afal) KU (Allah).

AMALAN DIKURNIAKAN MAKRIFATULLAH

AMALAN DIKURNIAKAN MAKRIFATULLAH.

WALA KHULU KHALBI,
ISBATI NIKMASATI,
AAIN KAF RIHIBIL KHALBI,
NUN YA RAHMAN MIM FATAHASILIL RAHIM,
ILIL IZAMATI RAB HULLA,
HUDA AAIN NALLAH
MAKRIFATIN NALLAH
HA AS NUN NALLAH,
ALAIHI RAHMAN NIR RAHIM,
MIM NUN YAKIN NALLAH,
ISBATIN NALLAH ZAHITIN MINULLAH.

Jadikan amalan seharian,tanpa mengira masa n tempat sehinggalah mendapat ALAMAT atau petunjuk..dibenarkan sesiapa pun mengamalkannya..

zaima akai..23.25pm..18.4.2013.