sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Sabtu, 17 Disember 2011

NAFAS

NAFAS

Nafas terbahagi kepada 4;
1.Nafas
2.Amfas
3.Tanafas
4.Nufus

Nafas ialah masuk udara ke dalam tubuh melalui jalan mulut atau hidung.
Amfas ialah keluar udara dari dalam tubuh melalui jalan mulut atau hidung.
Tanafas ialah keadaan keluar ie ke dalam tubuh jua.
Nufus ialah satu keadaan dimana tiadalah ia ke luar atau ke dalam,ke kiri atau ke kanan.Tetaplah ia pada tubuh selama ada hayat.

Nafas itu zikirnya HA HI HU selama ada datang warid pada Adamnya.
Amfas itu zikirnya A I U selama ada rasa syahdu pada Muhammad.
Tanafas itu zikirnya tiadalah berhuruf dan bersuara adanya hanyalah sood.
Maka untuk memakai amalan zikir ini haruslah di ambil dari mursyidnya.Ditakuti menyalahi akan Ilmu Hakikat.

Selasa, 6 Disember 2011

ZAKAT (MIFTAUL JANNAH)

ZAKAT

Zakat itu terbahagi 3 perkara
1:Zakat syariat
2:Zakat tarikat
3:Zakat hakikat

Zakat syariat itu telah mashurlah ia.

Zakat tarikat itu 3 syaratnya:
1;Menyucikan hawa nafsu daripada keinginan akan dunia daripada makanan yang sedap2 dan daripada memakai pakaian yang baik2.Maka segala yang demikian itu sifat hamba Allah yang cenderung hatinya kepada dunia.Maka sebab itulah berkata oleh ulama ahlul tasauf,barang siapa tiada mahu memakai akan kain yang tepi2 dan tiada mahu tidur daripada tempat yang jahat2 nescaya tiada mencium ia akan bau tarikat ahlul tasauf.
2;Menyucikan diri daripada segala perangai yang kejahatan antara segala makhluk maka tiada2 katanya [keempat belas,kadar hingga akhirnya].maka yang betulnya kaunuhu kadiran demikian dikata yang tinggal lagi daripada segala sifat (                           ) sekali2 aku menyakiti hati segala makhluk samaada daripada perbuatan atau daripada perkataan atau pada kelakuan.Maka jika tiada kuasa engkau akan yang demikian maka arallah olehmu daripada mereka itu.Jangan engkau duduk serta mereka itu dan ketika menyucikan diri daripada sifat yang kecelaan seperti ujub dan riak dan takbur dan daripada banyak berkata2 dan yang lainnya daripadanya daripada segala sifat yang jahat2.
3;Maka syarat sah zakat itu cerdik akalmu dan baik fahammu sehingga engkau ketahui segala yang sendi2 perangai yang membawa kepada menyakiti segala makhluk dan yang sendi2 daripada ujub dan takbur dalam bathin hatimu hingga kucabutkan sekelian akar2nya.

Zakat hakikat itu menyucikan pandangmu dan kesemua daripada yang lain daripada Allah Taala dan engkau sucikan akan segala rahsiamu dan kelebihanmu daripada diketahui oleh segala manusia daripada berkhabar2 kepada mereka itu.Maka syarat zakat ini tiada hajatmu akan kemuliaan2 antara segala makhluk dan tiada engkau ingat akan kelebihan dirimu kepada Allah Taala.           

Isnin, 14 November 2011

MAZHAB

Adapun mazhab kaum pada perbuatan hamba terbahagi kepada empat.

1.MAZHAB MUTAZILAH
  
Tiada mereka mengetahui bahawa Allah s.w.t yang membuat segala perbuatan.Mereka mengitiqatkan bahawa yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu hamba jua.Kudrah hamba yang baharu boleh memberi bekas atas segala perbuatanhamba yang baharu.Pegangan ini bida'ah lagi fasik.

2.MAZHAB JABARIAH
  
Kaum yang mengetahui dan memandang bahawa segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t.Tersalah mereka kerana menafikan syariat Allah s.w.t.Mereka tidak sampai kepada darjah Kamal.I'itiqat ini adalah zindiq.

3.MAZHAB AHLUSSUNANAH

Kaum yang memandang bahawa segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t.,tetapi ada bagi hamba itu ikhtiar dan usaha.Dengan ikhtiar dan usaha hamba berbuat segala perbuatan.Pada usaha dan ikhtiar inilah tempat takluk hukum syarak.Tetapi usaha dan ikhtiar tidak memberi bekas,yang memberi bekas ialah Allah s.w.t. jua.Inilah i'itikad yang betul,selamat dari bahaya dunia dan akhirat.Mazhab yang ke tiga tiada sampai kepada martabat kasyaf (terbuka hijab) kerana terdinding,dengan sebab mengatakan usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua.Tiada dipandangnya segala perbuatan (termasuk usaha dan ikhtiar) daripada Allah s.w.t. jua.Ketiga-tiga mazhab tersebut tiada sampai kepada memandang wahdatul af'al selama-lamanya kerana terdinding daripada makam kasyaf,musyahadah (memandang) dan mukafahah (berhadapan) dengan Allah s.w.t.
  
4.MAZHAB AHLUL KASYAF

Mereka yang terbuka memandang segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t. semata-mata.Hamba hanya tempat sandaran sahaja.Misalnya pena orang yang menulis,Yang menulis dan menjadikan huruf-huruf itu adalah semuanya kehendak si penulis.Pena itu sebagai alat menulis sahaja.Hamba itu seperti pena,ada baginya perbuatan tetapi hakikat yang membuat segala perbuatannya itu ialah Allah jua (orang yang menyurat).




;dari sebuah nukilan tanpa tajuk dan tanpa nama. berkemungkinan dari karangan JAAFAR BIN SAID,Merbau Patah,K.Trengganu.atau karangan anak murid beliau.
  
  

  
  

Khamis, 6 Oktober 2011

KITAB MIFTAUL JANNAH

Rukun Islam

1.Mengucap dua kalimah syahadat
2.Sembahyang
3.Memberi zakat
4.Puasa
5.Mengerjakan haji di baitullah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

Maka adalah syahadat itu 3perkara.
Pertama syahadat syariat
Kedua syahadat tarikat
Ketiga syahadat hakikat.

Syahadat syariat
Maka syahadat syariat itu telah masyhur ia pada ahlinya.
Syahadat tarikat
Maka syahadat tarikat itu yakin akan segala perkara yang diperbuat oleh terbit daripada kudrat ALLAH.Segala makhluk itu takluk yang esa jua.Maka syarat sah syahadat itu tiada diisyarat akan segala perbuatan.Maka jika membunuh oleh seseorang makhluk akan dikau nescaya tiada ku balas akan dia kerana yakinmu akan ALLAH Taala yang membunuh akan dikau.
Syahadat hakikat.
Maka syahadat hakikat itu dengan iktibar hapus sekeliannya itu didalam martabat Ahadiah.Maka tiada ada wujud disana sekelian2 itu melainkan hak Taala jua.
Maka syarat sah syahadat ini tiada kupandang pada pihak diri segala makhluk berwujud sekali-kali./pada pihak limpah  wujud hak  Taala akan mereka itu.sehingga dapat kulihat akan Allah Taala dengan mata kepalamu.

Sembahyang
Maka ada lah sembahyang itu 3perkara.
1.Sembahyang syariat.
2.Sembahyang tarikat.
3.Sembahyang hakikat.

Sembahyang syariat.
Maka sembahyang syariat itu telah masyhurlah ia.
Sembahyang tarikat
Maka sembahyang tarikat itu muhasabah.Maka makna muhasabah tiu mengira-ngirakan dirinya tiap2 yang mana hawa nafsumu yang telah hilang dan mana yang tersekat pada hatimu pada masa sekarang.Mana kuperbuat yang terlebih baik bagimu dan mana yang jadi terpelihara daripada hawa nafsumu dan takut pada sulukmu dan mana perbuatan yang jadi daripadamu riya dan ujub dan takbur dan daripada segala perangai yang jahat2 dan yang mana kelakuan yang jadi kuat pada ibadat dan kuingat2 akan sangat jahat nikmat dunia akan nisbat kepada akhirat hingga kupalingkan mukamu  daripada dunia ini sekali2.Banyak lagi makna muhasabah  pada ahlinya.
Syarat sah sembahyang ini itu amat kuat kasad akan Allah Taala dan benar niatmu pada jalan tarikat selama2 lagi didalam dunia ini.
Sembahyang hakikat itu musyahadah iaitu kupandang kepada wujud Hak Taala sentiasa dan jika kupandang kepada segala wujud maka pandang olehmu akan segala maujud dalil iaitu dalil ain shabitah.Ain shabitah itu dalil zat Allah.Maka  kupindah pandang kepada yang ada berwujud iaitu zat Allah Taala.Maka ketika  itu tiada jatuh tilik pindah pandangmu itu melainkan akan wujud hak Allah Taala jua.
Maka syarat sah itu jangan tinggal bagimu suatu daripada kasih akan yang lain daripada  Allah Taala dan telah tercabut dalam hatimu segala akar2 nafsu akan dunia dan telah kuhilang riak yang sendi2 dalam bathin hatimu dan yang lain daripadanya daripada segala perangai basyariah.

Kiblat sembahyang syariat itu kabbahtullah.
kiblat sembahyang tarikat itu hati.
Kiblat sembahyang hakikat itu Hak Taala.
Maka kiblat sembahyang syariat itu jauh.Maka sebab itulah tiada khusuk orang yang sembahyang.
Kiblat sembahyang tarikat itu di dalam diri orang yang tiada  jauh.Maka sebab itulah sentiasa pandang akan dia.Lagi khusyuk orang yang sembahyang kepadanya.
Kiblat sembahyang hakikat itu tiada berpihak lagi terlebih hampir kepada diri orang yang sembahyang.Seperti firman Allah Taala ? Maka barang kemana berhadap muka kamu di sanalah Zat Allah.maka sebab itu sembahyang hakikat itu tiada termasa seperti firman Allah Taala ?  Atas sembahyang mereka itu berkekalan tiada keputusannya.Bersalahan sembahyang syariat maka iaitu berwaktu dan bersalahan sembahyang tarikat.Maka iaitu ketika datang hawa nafsu.
Maka syarat sah sembahyang tarikat itu menyucikan hawa nafsu dengan air mujahadah dan air riyadah.
Syarat sah sembahyang hakikat itu menyucikan rahsia dengan air taubat dan air murakabah.Maka manakala hindar syarat maka tiadalah hasil mensyarat.

Selasa, 30 Ogos 2011

Takbiratulihram

Takbiratulihram

Takbiratulihram dinyatakan sebagai nyawanya sembahyang.
Terkandung di dalam takbir itu niat.
Niat itu pula terhasil gabungan kasad takrad dan takyin.
Ini juga dikatakan Ihram,Makraj,Munajat dan Tabdal

Benarkah kita dalam keadaan sebenarnya berdiri tegak disaat memulakan sembahyang?
Manakah yang dikatakan tiang arasy kita?
Berapakah ukuran jarak antara dua tapak kaki kita?
Bagaimanakah cara kita menggangkat dua tangan saat takbir?
Mengapakah tapak kaki kanan tidak boleh diangkat?

Pandangan harus dihalakan kemana?
Apa pula harus kita dengari?
Dalam memandang keluar.
Bathin memandang zahir.

Anniati billa harfi walausauti.
Niat itu tidak berhuruf dan bersuara.
Apakah maksud tidak berhuruf dan bersuara itu?

HQ; Bermula sembahyang itu bukan ia lain daripadaNya dan orang yang mengerjakan sembahyang itu ghaib.

Dua tangan kita bagaimanakah kiamnya?
Apakah kita termasuk dalam kumpulan mereka2 yang sembahyang memeluk tong najis?

Carilah guru mursyid dalam usaha mendapatkan solat khusyuk.

Rabu, 6 Julai 2011

Mengenal Diri

AWALLUDDIN MAKRIFATULLAH.
KENAL DIRI KAMU RATA RATA MENGENAL ENGKAU ALLAH YANG NYATA.

Terlalu popular ayat ini.Utara selatan timur barat orang memperkatakannya.Dimana saja orang mempelajarinya.Sibuklah mereka belajar sifat 20.Belajar nafi n isbat.Belajar syariat tarikat hakikat n makrifat.Zat sifat asma n afal.Tanah air api n angin.Di wadi mani manikam.

Semua orang ingin mengenal tuhan.Terlalu ingin sampai ke hadrat tuhannya.Mencari guru kemana mana.Asal jumpa lalu bertanya.Entah kemana arah di bawa guru.Guru pun sendiri tak tahu.Sedih sekali melihat nasip umat MUHAMMAD diakhir zaman.Masaalahnya tak tahu siapa guru mursyid,tak tahu dimana hendak
dicari mereka ini.

Ulama itu 3 jenis.Ulama Cerita,Ulama Pelita,Ulama Pendita.

Ulama cerita hanya tahu bercerita.Diri sendiri tak tahu dan faham sepenuhnya apa yang mereka cerita.
Mengajar murid mengenal tuhan n mendekatkan simurid dengan tuhan.Malah yang terjadi sebaliknya.S
imurid menjadi semakin jauh dengan tuhan.Semakin keliru n berserabut.Macam tauge sekilo.Tak tahu mana hujung mana pangkalnya.Kalau diri sendiri tak sampai macam mana hendak memimpin orang lain.Akhirnya orang yang dipimpin sesat entah kemana.Soal akidah janganlah dibuat main diambil mudah.Pernah terdengar orang berkata '' Guru yang tidak mengajar anak muridnya istinjak sebenar istinjak,matinya nanti berupa lembu''.Tak takut ke?.
BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI.
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAK BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Ulamak pelita memimpin orang mengenal tuhan.Membuka rahsia2 ketuhanan.Sanggup berkorban demi amanah yang dijunjung.Ibarat baju yang dipakai diserahkan kepada orang.Kasut dipakai diberi orang.kalau panas berpanaslah badannya.Hitamlah kulitnyaPecah2lah kulit kakinya.Mereka mahu simurid sampai secepatnya sebelum terlambat.Mereka ada martabatnya sendiri.Janganlah diperlekehkan insan yang sanggup berkorban untuk kita.Ikutlah segala nasihat mereka.
Siapa membuka rahsia ketuhanan akan dipancung.
Barangsiapa membuka rahsia ketuhanan kafir.
Rahsia ketuhanan dibawa ke lubang lahat.
Ilma ketuhanan tidak dapat disembunyikan.
Mereka lupa semua kata2 di atas.Pantang dijolok melarah2 gugurnya.Rebutlah mutiara yang gugur.Disimpan n dipraktiskan.Setiap masalah rujuk kepada sipenunjuk jalan.Hargailah apa yang diberi.Buat apa yang disuruh.Berusahalah segigihnya agar hasil dapat dikecapi secepat mungkin.Guru mursyik mengajar tanpa kitab tanpa pena.Mengenal tuhan tak susah berbanding mengenal para wali.Mereka manusia biasa.Makan minum sedih ketawa sakit sihat.Mereka inilah tiang arasy penunjuk jalan mengenal tuhan.

Ulama pendita membawa diri jauh dari kesibukan duniawi.Jauh dari hirukpikuk kota.Berumah di hujung desa di pinggir hutan.Anak isteri entah kemana.Mererka hanyut dengan dunia kecintaan penuh keasyikan.Bila diperlukan pasti sampai.Bila dicari hilang entah kemana.Bersyukurlah bila bertemu.Tangkaplah apa yang dapat.Simpanlah apa yang diberi.Kutiplah apa yang bertaburan.Semua itu untuk si pendengar sebagai bekal dalam perjalanan jauh yang dekat.

Mereka katanya belajar mengenal diri.Apabila ditanya mana letaknya wujud dalam diri?Jawapnya tak tahu.Mana letaknya arasy n kursi dalam diri pun jawapnya tak tahu.Dimana siratulmustakim dalam diri kita?Tercengang2 simurid tadi.Belum lagi ditanya mana bukit kaf mana bukit tursina.Mana tiang arasy.Pengsan agaknya simurid ini.Jauh sangat mereka dibawa sang guru.Inilah kenyataan yang menimpa simurid.
Janganlah jalan meraba2 tanpa bertongkat.Berjalan dalam gelap yang pekat itu banyak bahayanya.Mencari tuhan janganlah didalam gelap,pasti nanti bertemu syaitan.Carilah guru yang mursyik.