sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Sabtu, 17 Disember 2011

NAFAS

NAFAS

Nafas terbahagi kepada 4;
1.Nafas
2.Amfas
3.Tanafas
4.Nufus

Nafas ialah masuk udara ke dalam tubuh melalui jalan mulut atau hidung.
Amfas ialah keluar udara dari dalam tubuh melalui jalan mulut atau hidung.
Tanafas ialah keadaan keluar ie ke dalam tubuh jua.
Nufus ialah satu keadaan dimana tiadalah ia ke luar atau ke dalam,ke kiri atau ke kanan.Tetaplah ia pada tubuh selama ada hayat.

Nafas itu zikirnya HA HI HU selama ada datang warid pada Adamnya.
Amfas itu zikirnya A I U selama ada rasa syahdu pada Muhammad.
Tanafas itu zikirnya tiadalah berhuruf dan bersuara adanya hanyalah sood.
Maka untuk memakai amalan zikir ini haruslah di ambil dari mursyidnya.Ditakuti menyalahi akan Ilmu Hakikat.

Selasa, 6 Disember 2011

ZAKAT (MIFTAUL JANNAH)

ZAKAT

Zakat itu terbahagi 3 perkara
1:Zakat syariat
2:Zakat tarikat
3:Zakat hakikat

Zakat syariat itu telah mashurlah ia.

Zakat tarikat itu 3 syaratnya:
1;Menyucikan hawa nafsu daripada keinginan akan dunia daripada makanan yang sedap2 dan daripada memakai pakaian yang baik2.Maka segala yang demikian itu sifat hamba Allah yang cenderung hatinya kepada dunia.Maka sebab itulah berkata oleh ulama ahlul tasauf,barang siapa tiada mahu memakai akan kain yang tepi2 dan tiada mahu tidur daripada tempat yang jahat2 nescaya tiada mencium ia akan bau tarikat ahlul tasauf.
2;Menyucikan diri daripada segala perangai yang kejahatan antara segala makhluk maka tiada2 katanya [keempat belas,kadar hingga akhirnya].maka yang betulnya kaunuhu kadiran demikian dikata yang tinggal lagi daripada segala sifat (                           ) sekali2 aku menyakiti hati segala makhluk samaada daripada perbuatan atau daripada perkataan atau pada kelakuan.Maka jika tiada kuasa engkau akan yang demikian maka arallah olehmu daripada mereka itu.Jangan engkau duduk serta mereka itu dan ketika menyucikan diri daripada sifat yang kecelaan seperti ujub dan riak dan takbur dan daripada banyak berkata2 dan yang lainnya daripadanya daripada segala sifat yang jahat2.
3;Maka syarat sah zakat itu cerdik akalmu dan baik fahammu sehingga engkau ketahui segala yang sendi2 perangai yang membawa kepada menyakiti segala makhluk dan yang sendi2 daripada ujub dan takbur dalam bathin hatimu hingga kucabutkan sekelian akar2nya.

Zakat hakikat itu menyucikan pandangmu dan kesemua daripada yang lain daripada Allah Taala dan engkau sucikan akan segala rahsiamu dan kelebihanmu daripada diketahui oleh segala manusia daripada berkhabar2 kepada mereka itu.Maka syarat zakat ini tiada hajatmu akan kemuliaan2 antara segala makhluk dan tiada engkau ingat akan kelebihan dirimu kepada Allah Taala.