sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Isnin, 14 November 2011

MAZHAB

Adapun mazhab kaum pada perbuatan hamba terbahagi kepada empat.

1.MAZHAB MUTAZILAH
  
Tiada mereka mengetahui bahawa Allah s.w.t yang membuat segala perbuatan.Mereka mengitiqatkan bahawa yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu hamba jua.Kudrah hamba yang baharu boleh memberi bekas atas segala perbuatanhamba yang baharu.Pegangan ini bida'ah lagi fasik.

2.MAZHAB JABARIAH
  
Kaum yang mengetahui dan memandang bahawa segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t.Tersalah mereka kerana menafikan syariat Allah s.w.t.Mereka tidak sampai kepada darjah Kamal.I'itiqat ini adalah zindiq.

3.MAZHAB AHLUSSUNANAH

Kaum yang memandang bahawa segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t.,tetapi ada bagi hamba itu ikhtiar dan usaha.Dengan ikhtiar dan usaha hamba berbuat segala perbuatan.Pada usaha dan ikhtiar inilah tempat takluk hukum syarak.Tetapi usaha dan ikhtiar tidak memberi bekas,yang memberi bekas ialah Allah s.w.t. jua.Inilah i'itikad yang betul,selamat dari bahaya dunia dan akhirat.Mazhab yang ke tiga tiada sampai kepada martabat kasyaf (terbuka hijab) kerana terdinding,dengan sebab mengatakan usaha dan ikhtiar itu daripada hamba jua.Tiada dipandangnya segala perbuatan (termasuk usaha dan ikhtiar) daripada Allah s.w.t. jua.Ketiga-tiga mazhab tersebut tiada sampai kepada memandang wahdatul af'al selama-lamanya kerana terdinding daripada makam kasyaf,musyahadah (memandang) dan mukafahah (berhadapan) dengan Allah s.w.t.
  
4.MAZHAB AHLUL KASYAF

Mereka yang terbuka memandang segala perbuatan adalah dari Allah s.w.t. semata-mata.Hamba hanya tempat sandaran sahaja.Misalnya pena orang yang menulis,Yang menulis dan menjadikan huruf-huruf itu adalah semuanya kehendak si penulis.Pena itu sebagai alat menulis sahaja.Hamba itu seperti pena,ada baginya perbuatan tetapi hakikat yang membuat segala perbuatannya itu ialah Allah jua (orang yang menyurat).




;dari sebuah nukilan tanpa tajuk dan tanpa nama. berkemungkinan dari karangan JAAFAR BIN SAID,Merbau Patah,K.Trengganu.atau karangan anak murid beliau.