sebarang isi kandungan tidak boleh disalin tanpa izin empunya. sebarang kemungkinan yang akan berlaku tidak dipertanggungjawabkan.

Khamis, 6 Oktober 2011

KITAB MIFTAUL JANNAH

Rukun Islam

1.Mengucap dua kalimah syahadat
2.Sembahyang
3.Memberi zakat
4.Puasa
5.Mengerjakan haji di baitullah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

Maka adalah syahadat itu 3perkara.
Pertama syahadat syariat
Kedua syahadat tarikat
Ketiga syahadat hakikat.

Syahadat syariat
Maka syahadat syariat itu telah masyhur ia pada ahlinya.
Syahadat tarikat
Maka syahadat tarikat itu yakin akan segala perkara yang diperbuat oleh terbit daripada kudrat ALLAH.Segala makhluk itu takluk yang esa jua.Maka syarat sah syahadat itu tiada diisyarat akan segala perbuatan.Maka jika membunuh oleh seseorang makhluk akan dikau nescaya tiada ku balas akan dia kerana yakinmu akan ALLAH Taala yang membunuh akan dikau.
Syahadat hakikat.
Maka syahadat hakikat itu dengan iktibar hapus sekeliannya itu didalam martabat Ahadiah.Maka tiada ada wujud disana sekelian2 itu melainkan hak Taala jua.
Maka syarat sah syahadat ini tiada kupandang pada pihak diri segala makhluk berwujud sekali-kali./pada pihak limpah  wujud hak  Taala akan mereka itu.sehingga dapat kulihat akan Allah Taala dengan mata kepalamu.

Sembahyang
Maka ada lah sembahyang itu 3perkara.
1.Sembahyang syariat.
2.Sembahyang tarikat.
3.Sembahyang hakikat.

Sembahyang syariat.
Maka sembahyang syariat itu telah masyhurlah ia.
Sembahyang tarikat
Maka sembahyang tarikat itu muhasabah.Maka makna muhasabah tiu mengira-ngirakan dirinya tiap2 yang mana hawa nafsumu yang telah hilang dan mana yang tersekat pada hatimu pada masa sekarang.Mana kuperbuat yang terlebih baik bagimu dan mana yang jadi terpelihara daripada hawa nafsumu dan takut pada sulukmu dan mana perbuatan yang jadi daripadamu riya dan ujub dan takbur dan daripada segala perangai yang jahat2 dan yang mana kelakuan yang jadi kuat pada ibadat dan kuingat2 akan sangat jahat nikmat dunia akan nisbat kepada akhirat hingga kupalingkan mukamu  daripada dunia ini sekali2.Banyak lagi makna muhasabah  pada ahlinya.
Syarat sah sembahyang ini itu amat kuat kasad akan Allah Taala dan benar niatmu pada jalan tarikat selama2 lagi didalam dunia ini.
Sembahyang hakikat itu musyahadah iaitu kupandang kepada wujud Hak Taala sentiasa dan jika kupandang kepada segala wujud maka pandang olehmu akan segala maujud dalil iaitu dalil ain shabitah.Ain shabitah itu dalil zat Allah.Maka  kupindah pandang kepada yang ada berwujud iaitu zat Allah Taala.Maka ketika  itu tiada jatuh tilik pindah pandangmu itu melainkan akan wujud hak Allah Taala jua.
Maka syarat sah itu jangan tinggal bagimu suatu daripada kasih akan yang lain daripada  Allah Taala dan telah tercabut dalam hatimu segala akar2 nafsu akan dunia dan telah kuhilang riak yang sendi2 dalam bathin hatimu dan yang lain daripadanya daripada segala perangai basyariah.

Kiblat sembahyang syariat itu kabbahtullah.
kiblat sembahyang tarikat itu hati.
Kiblat sembahyang hakikat itu Hak Taala.
Maka kiblat sembahyang syariat itu jauh.Maka sebab itulah tiada khusuk orang yang sembahyang.
Kiblat sembahyang tarikat itu di dalam diri orang yang tiada  jauh.Maka sebab itulah sentiasa pandang akan dia.Lagi khusyuk orang yang sembahyang kepadanya.
Kiblat sembahyang hakikat itu tiada berpihak lagi terlebih hampir kepada diri orang yang sembahyang.Seperti firman Allah Taala ? Maka barang kemana berhadap muka kamu di sanalah Zat Allah.maka sebab itu sembahyang hakikat itu tiada termasa seperti firman Allah Taala ?  Atas sembahyang mereka itu berkekalan tiada keputusannya.Bersalahan sembahyang syariat maka iaitu berwaktu dan bersalahan sembahyang tarikat.Maka iaitu ketika datang hawa nafsu.
Maka syarat sah sembahyang tarikat itu menyucikan hawa nafsu dengan air mujahadah dan air riyadah.
Syarat sah sembahyang hakikat itu menyucikan rahsia dengan air taubat dan air murakabah.Maka manakala hindar syarat maka tiadalah hasil mensyarat.